Cara Daftar SSM Online 2026 : Mudah, Cepat, Step by Step

daftar SSM online di laptop melalui portal ezBiz sebagai persediaan untuk mula jual barang di eBay.

Pengenalan

Cara Daftar SSM Online ini memang topik selalu dicari mereka yang nak belajar berniaga secara online.

Tak kisahlah apa platform anda mahu berniaga, belajar cara daftar ssm penting dan adalah antara small step yang patut kita lakukan.

Untuk yang serius nak jana income USD di eBay, saya selalu tekankan dalam siri artikel cara jual barang di ebay 2026 jangan ambil ringan nak daftar SSM.

Tapi saya faham, masalah orang ramai bila search “cara daftar SSM online”, mereka makin serabut:

  • ada info lama,
  • ada ajar cara daftar SSM di kaunter,
  • ada tajuk “cara daftar SSM online percuma” seolah-olah betul-betul free (padahal tetap ada caj rasmi).

Dalam artikel ni, saya kongsikan cara daftar SSM online berdasarkan flow terkini:

  • syarat yang anda perlu tahu,
  • dokumen yang wajib sediakan,
  • step by step daftar SSM online melalui portal rasmi
    ezBiz SSM,
  • kos dan tempoh proses,
  • dan cara semak status serta download sijil.

Jom fokus terus cara daftar SSM online sampai siap, lepas tu mudah kita nak sambung ke bab daftar akaun bank bisnes (saya akan tulis selepas ini)


Gambaran pantas: cara daftar SSM online

Kalau anda nak overview dulu, inilah ringkasan cara daftar SSM online:

  1. Daftar akaun di portal ezBiz SSM.
  2. Log masuk dan pilih “New Business Registration”.
  3. Masukkan nama perniagaan yang anda nak guna.
  4. Pilih jenis perniagaan (milikan tunggal/perkongsian).
  5. Isi butiran diri, alamat dan aktiviti perniagaan.
  6. Pilih tempoh pendaftaran (contoh 1 atau 3 tahun).
  7. Semak maklumat dan hantar permohonan.
  8. Buat bayaran secara online.
  9. Tunggu kelulusan, kemudian download sijil SSM.

Sekarang kita pergi satu-satu dengan lebih detail.


Siapa yang sesuai guna panduan cara daftar SSM online ni?

Artikel ni sesuai kalau anda:

  • baru nak mulakan bisnes dan belum pernah daftar apa-apa,
  • dah berniaga sambilan tapi nak “rasmikan” bisnes,
  • mahu buka akaun bank atas nama perniagaan (senang link dengan akaun eBay),
  • atau nak mohon geran/insentif yang perlukan SSM.

Kalau anda jenis:

  • boleh guna internet asas,
  • selesa buat bayaran online (FPX/debit/kredit),

…saya memang sarankan guna cara daftar SSM online berbanding pergi kaunter. Jimat masa, jimat minyak, dan anda boleh buat dari rumah.


Syarat asas sebelum daftar SSM online

Sebelum log masuk ezBiz, elok anda semak dulu syarat asas:

  1. Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.
  3. Bisnes dijalankan dalam Malaysia.
  4. Untuk peniaga kecil, jenis pendaftaran yang biasa:
    • Perniagaan milikan tunggal (seorang pemilik), atau
    • Perkongsian (2–20 orang pemilik).

Berniaga online di Shopee, TikTok, IG, atau eBay masih dikira bisnes. Jadi walaupun anda “duduk rumah je”, tetap digalakkan daftar SSM.

Kalau anda belum baca lagi, saya cadangkan anda bookmark artikel ini dan juga panduan penuh cara berniaga di eBay dari Malaysia untuk anda sambung lepas SSM siap.


Dokumen & maklumat yang anda perlu sediakan

Untuk daftar SSM online, anda cuma perlukan:

  1. Kad pengenalan (IC) – untuk isi nombor dan nama penuh.
  2. Alamat rumah / alamat perniagaan.
  3. Nombor telefon & email yang aktif.
  4. Nama perniagaan yang anda nak guna.
  5. Penerangan ringkas jenis perniagaan (contoh: jual pakaian online, servis printing, katering, dan lain-lain).

Tip praktikal:

  • Sediakan 2–3 pilihan nama bisnes. Kadang-kadang nama pertama tak lepas sebab dah ada orang guna atau langgar garis panduan.
  • Fikir awal-awal berapa lama anda nak daftar – 1 tahun, 3 tahun atau 5 tahun (ikut tawaran semasa).

Untuk semak garis panduan nama perniagaan dan syarat terkini, anda boleh rujuk terus laman rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Langkah 1 : Buat akaun ezBiz untuk daftar SSM online

Cara daftar SSM online semuanya melalui portal rasmi SSM yang dipanggil ezBiz.

Mula mula : 

  1. Pergi ke portal ezBiz SSM.
  2. Pilih “Register” atau “Daftar Akaun Baharu”.
  3. Isi maklumat:
    • nama penuh seperti dalam IC,
    • nombor IC,
    • email,
    • nombor telefon.
  4. Cipta username dan password.
  5. Selepas itu, pergi ke pejabat SSM terdekat atau ke kiosk SSM Tap It untuk HIDUP kan ID berkenaan.
  6. Berikut adalah senarai Kiosk SSM Tap.It seluruh negara.
  7. Ada masa, SSM mungkin minta anda hadir ke kaunter sekali untuk pengesahan pertama kali atau melalui panggilan video (bergantung polisi waktu tersebut).

Point penting: pastikan email & nombor telefon yang anda guna aktif. Sebab semua notifikasi dan status permohonan akan pergi ke situ.


Langkah 2 : Log masuk dan pilih pendaftaran perniagaan baharu

Selepas akaun ezBiz anda aktif:

cara daftar SSM online : wajib log masuk ssm ez biz
  1. Log masuk ke portal ezBiz.
  2. Di halaman utama (dashboard), cari menu berkaitan pendaftaran baharu, biasanya “New Business Registration” atau istilah Bahasa Melayu yang sama maksud.
cara daftar ssm online 2026 : pilih new business registration
  1. Klik untuk mulakan permohonan.

Di sinilah masuk bahagian utama cara daftar SSM online.


Langkah 3 : Masukkan nama perniagaan

Sistem akan minta anda:

  1. Isi nama perniagaan pilihan (contoh: “Sedap Maju Enterprise” atau “Nasi Bajet Kak Ana”).
cara daftar ssm online : pilih trade name untuk lebih pro
cara daftar ssm online : trade name kena 2-3 pilihan
  1. Sistem akan semak sama ada nama itu:
    • sudah digunakan orang lain,
    • atau melanggar garis panduan (menghina, sensitif, guna perkataan dilindungi dan sebagainya).

Kalau tak lepas, cuba nama kedua atau ketiga yang anda dah sediakan.

Tip:

  • Untuk milikan tunggal, anda juga boleh guna nama sendiri (contoh: “NOR AIN BINTI ALI”). Biasanya caj pendaftaran untuk nama sendiri lebih rendah berbanding nama “trade”.
  • Untuk tujuan branding jangka panjang, ramai pilih nama trade (ada “Enterprise” di hujung) sebab nampak lebih profesional dan senang diingat pelanggan sama macam bila anda nak bina jenama untuk kedai eBay anda nanti.

Langkah 4 : Pilih jenis perniagaan & isi butiran

Lepas nama lulus, anda perlu:

  1. Pilih jenis perniagaan:
    • milikan tunggal, (terbaik untuk peniaga ebay)  atau
    • Perkongsian.
  1. Isi butiran diri:
cara daftar ssm online : isikan butiran diminta, nama, ic, tahun, dan lain lain

Di sini anda akan nampak pilihan tempoh pendaftaran (bergantung pada tetapan semasa SSM):

  • 1 tahun,
  • 2–3 tahun,
  • atau lebih.

Semakin lama tempoh, semakin tinggi jumlah bayaran sekali gus tapi kalau dipecah kepada kos tahunan, selalunya lebih jimat dan anda tak perlu renew tiap-tiap tahun.

Teruskan isi butiran lain seperti di bawah : 

cara daftar ssm online : jika bisnes dari rumah isikan alamat rumah pada alamat bisnes dan surat menyurat
  • alamat bisnes,
  • alamat surat-menyurat,
  • nombor telefon, email.
  1. Untuk Business Address, jika, berniaga dari rumah, boleh gunakan alamat rumah.
  2. Pilih aktiviti perniagaan (kod perniagaan):
  • contoh: jualan pakaian, makanan, servis printing, perkhidmatan pemasaran online, dan sebagainya.
  • Untuk peniaga online seperti ebay kami sarankan guna 2 code seperti dalam gambar atau taip ‘internet’, insyaAllah akan jumpa.

Bahagian kod perniagaan ni ramai yang cuai. Baca betul-betul dan pilih kod yang paling dekat dengan bisnes anda. Kalau anda buat beberapa jenis bisnes, pilih yang paling utama.


Langkah 5 : Semak dahulu

Sebelum proceed, semak dengan teliti : 

  • nama perniagaan,
  • alamat,
  • jenis perniagaan,
  • tempoh pendaftaran,
  • jumlah bayaran. (Saya bayar RM70 secara online seperti di dalam gambar di bawah)
  • Untuk mereka yang mahu berniaga di ebay, kami sarankan ada pilih YES pada kolum Business Info bagi tujuan daftar akaun bank bisnes.

Kalau dah yakin, baru klik TICK box seperti di dalam gambar dan seterusnya klik PREVIEW.


Langkah 6 : Hantar permohonan dan buat bayaran online

Bila semua maklumat lengkap:

  1. Klik untuk hantar permohonan.
  2. Sistem akan bawa anda ke bahagian bayaran.
  3. Pilih kaedah bayaran:
    • FPX (online banking),
    • debit/kredit (bergantung pilihan yang ada).
  4. Selesai bayaran, simpan resit atau screenshot sebagai rujukan.

Kalau tiba-tiba line internet slow dan page “hang”, jangan panik. Log masuk semula dan semak status permohonan; selalunya sistem rekod bayaran kalau transaksi berjaya.


Langkah 7 : Semak status pendaftaran SSM online

Lepas hantar permohonan dan bayar, next step:

  1. Log masuk semula ke ezBiz, pergi ke bahagian “Applications” atau “Business Registration Status”.
  2. Semak status:
    • Pending / Under Review – permohonan masih disemak.
    • Approved – permohonan diluluskan.
    • Rejected – ada masalah pada permohonan (contoh nama, dokumen tak lengkap dan sebagainya).

Biasanya, kalau semua maklumat betul dan tak ada isu pada nama perniagaan, proses kelulusan tak ambil masa terlalu lama.

Macam saya sehari sahaja sudah lulus. Tapi tempoh ni boleh berubah ikut jumlah permohonan semasa.


Langkah 8 : Download sijil SSM online

Bila status bertukar kepada “Approved”:

  1. Anda akan nampak pilihan untuk download sijil pendaftaran perniagaan.
  2. Ada 3 set iaitu Borang A, Borang D dan Business Info.
  3. Download dalam format PDF dan simpan dalam komputer/telefon.
  4. Print satu salinan untuk kegunaan:
    • buka akaun bank perniagaan,
    • tampal di kedai (jika ada kedai fizikal),
    • atau simpan dalam fail bisnes.

Mulai saat ni, bisnes anda sudah rasmi berdaftar dengan SSM dan anda dah ready untuk move ke step seterusnya dalam journey eBay.

Sementara nak tunggu SSM anda lulus, anda boleh study dulu bagaimana Cara Buat Market Research di Ebay Tanpa Guna Software Mahal


Kesilapan biasa bila daftar SSM online (dan cara elak)

  1. Letak email yang jarang buka
    – Nanti susah nak dapat notifikasi.
    – Pastikan anda guna email yang betul-betul aktif.
  2. Tersalah pilih kod perniagaan
    – Ambil masa beberapa minit untuk baca senarai kod.
    – Pilih yang paling rapat dengan aktiviti utama anda.
  3. Nama bisnes terlalu “over”
    – Elakkan nama yang ada unsur sensitif, politik, atau meniru brand besar.
    – Kalau nampak macam “too much”, besar risiko permohonan sangkut.
  4. Tak simpan resit dan salinan sijil
    – Biasakan diri simpan semua dokumen penting dalam satu folder khusus (online + offline).

Soalan lazim tentang cara daftar SSM online

  1. Daftar SSM online makan masa berapa lama?
    – Kalau semua maklumat lengkap dan sistem tak sibuk, proses isi borang boleh siap kurang 1 jam.
    – Kelulusan pula bergantung kepada semakan pihak SSM.
  2. Daftar SSM online ini betul-betul sah ke?
    – Ya, sebab anda daftar terus dengan portal rasmi SSM (ezBiz), bukan melalui orang tengah.
  3. Boleh ke daftar SSM online guna alamat rumah?
    – Boleh. Ramai peniaga online gunakan alamat rumah sebagai alamat perniagaan.
  4. Lepas ada SSM, apa next step?
    – Buka akaun bank perniagaan,
    – mula susun rekod kewangan,
    – dan kalau anda target income USD, sambung belajar Cara Buka Akaun Ebay 2026.

Penutup: lepas SSM online lulus, sambung ke eBay

Ramai rasa “mission accomplished” lepas dapat sijil SSM. Sebenarnya, itu baru langkah pertama.

Bagi saya, kalau anda jenis:

  • nak bisnes yang boleh grow,
  • nak income yang tak bergantung pada ringgit semata-mata,

…daftar SSM online ni adalah tapak asas sebelum anda naik level ke platform global macam eBay.

Kalau anda masih rasa blur atau lebih suka belajar berdepan, jangan risau anda boleh temui saya di > SINI <

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top